overdue dah - 3 hari

Hari ini masuklah hari ke-3 aku overdue...seawal jam 8 pg lg td aku dah pergi ke KK utk check jantung anak..130++ per minit...setakat ni masih belum ada tanda-tanda nak bersalin...harus merasa bersyukur walau apa jua keadaan kerana Allah lebih mengetahui yg terbaik utk hambaNya...

Untuk melupakan keresahan ku ini, ku penuhi masa terluang dgn mencari info ttg penyusuan susu ibu di awal2 hari kelahiran bayi...aku tidak mahu berfikiran cetek menganggap susu sedikit menjadi penghalang bg ku utk bf baby secara ekslusif nanti...banyak membaca dan mendapatkan ilmu ttg penyusuan ini boleh membantu apabila aku menghadapi permasalahan nanti...kerana aku tahu cbrn menyusukan anak bukan sstu yg mudah jika tiada kecekalan hati, kesabaran, pengorbanan & semangat yang tinggi...

Baru2 ini, biras aku baru jer melahirkan baby dan aku mendpt tahu dia mengadu susu sedikit & dia mengalami masalah puting tenggelam..dan baby dia terpaksa diberi susu formula...aku turut sedih mendengarkannya kerana aku pernah mengalaminya dahulu...tetapi itu terjadi kerana aku kurang ilmu dan tidak kuat smgt...kekesalan ku hingga ke hari ini kerana tidak dpt memberi yg terbaik utk anak2 ku sebelum ini...aku nk bg nasihat kt biras tu x yakin pula aku sbb aku sendiri pun x berjaya lg....jd utk anak ke-3 ini baru nk berazam memberi susu ibu scr ekslusif tanpa susu formula...

Harapan ku amat  tinggi utk penyusuan kali ini dan aku mesti berjaya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment