Belum ada tanda nak bersalin

Hari ini adalah hari aku dijangka bersalin (21/6/2011)...namun pagi yg indah ini belum ada tanda-tanda aku akan bersalin...maka aku menjangkakan aku akan diberi tempoh 9-10 hari lagi utk terus menunggu proses bersalin datang dgn sendirinya / semulajadi...jika aku melepasi tempoh tersebut banyak kebarangkalian yg mungkin aku kena hadapi...antaranya dipaksa bersalin dgn memasukkan ubat pencetus kelahiran atau lebihh dikenali sbg induce...dan yg paling menakutkan lagi jika perlu menjalani pembedahan....


Harap2 semuanya berjalan lancar dan aku bersalin secara normal...bila dah berada dlm keadaan sebegini...barulah terasa bersyukur andaikata Allah memberikan kesakitan kontraksi utk melahirkan anak yang mana sakit kontraksi itu bertujuan utk menolak bayi keluar dari rahim ibu & seterusnya apabila bukaan sudah mencukupi...bayi akan lahir ke dunia ini...memang ianya sakit tapi aku harus kuatkan semangat dengan berfikiran positif.

Melalui pembacaan ku sebelum ini, kita dapat mengurangkan kesakitan dgn mengawal otak kita supaya tidak terlalu memikirkan rasa sakit itu. Kita seharusnya bersyukur kerana melalui rasa sakit itu kerana:
  • dosa kita akan terhapus (tidak perlu menunggu di hari pembalasan kerana mungkin di sana azab lebih pedih & mengerikan).
  • baby yg dikandung sedang dlm perjalanan keluar dari rahim ibu dan sakit kontraksi itulah yg membantunya...ibu kena berkorban & bersabar utk melahirkan anak.
  • ianya adalah kuasa Allah...yakinlah Allah Maha Pengasih & Penyayang, jgn anggap kesakitan itu menyeksakan tapi ianya sesuatu yg menginsafkan kita sbg hambaNya. Redha dgn kesakitan itu, insyaAllah lebih dipermudahkan proses bersalin.
  • suatu kelegaan kerana tidak perlu dibedah dan hanya menunggu detik baby nak keluar dgn rasa syukur, tawakal & sentiasa berdoa akan keselamatan baby & ibu. 
  • sakit itu akan berakhir setelah baby lahir, rasa sakit itu harus dihadapi dgn penuh keyakinan bahawa kita boleh menanggungnya kerana Allah tidak akan membebankan manusia dgn sstu yg tidak mampu ditanggung manusia.
  • menerima kehadiran ahli keluarga yang pasti memberi cahaya kegembiraan kepada keluarga.
  • pengorbanan yg pastinya diberi ganjaran pahala kerana berkorban melahirkan seorg lagi umat Muhammad dan insyaAllah menjadi org yg soleh/solehah utk terus berjuang menegakkan agama Allah.

Semoga aku terus bersabar menunggu hari...Ya Allah perkenankanlah doa ku supaya aku boleh bersalin secara normal dan semuanya berjalan lancar. Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment