overdue dah - 1 hari

Istilah overdue tu mungkin utk manusia sahaja...maksud ku di sini manusia hanya mampu merancang dan menjangkakan..tapi Allah jugalah yg menentukan dan lebih mengetahui tarikh sebenar untuk bayi di dalam perut ini akan lahir ke dunia...

Tadi kena pergi klinik sbb dah overdue....check tekanan darah, berat, air kencing, perut &jantung baby...Alhamdulillah rasa lega kerana semuanya dlm keadaan yg baik , lebih-lebih lg bila mendengar degupan jantung baby melalui alat pengesan dengan kelajuan degupan jantung yg normal...kesihatan mama pun baik..pastu kena gi jumpa doktor...mcm biasalah...kalau jumpa doktor ni masa menunggu yg lama, masuk jumpa tu kejap jer...

Oleh kerana aku memilih untuk bersalin di hospital Pulau Pinang, maka aku diberi tempoh 10 hari untuk terus menunggu saat nak bersalin...kalau kt Hospital Kulim, tempoh hanya 7 hari diberikan...lepas tu kena induce la nak mencetuskan rasa sakit kontraksi tu...harap2 tidak lah sampai ke tahap itu...tarikh akhir adalah pada 1/7/2011 dan jika pada hari itu masih belum bersalin,aku haruslah menyerah diri ke hospital...

Esok kena pegi klinik lagi utk check jantung baby dan ianya akan berterusan sehingga aku bersalin...hari cuti pun kena gi klinik tu tp kena dtg jam 8 pg sbb ada nurse akan standby kt klinik time cuti tu nanti...waduh...ingin jer rasanya bersalin secepat yg mungkin...dan kesediaan utk merasa sakit kontraksi tu mmg dah maksimum (dlm hati berkata "aku sanggup") dan akan cuba menghadapi sakit itu dgn rasa syukur. Bayangkan lah kalau x sakit, mcm na baby nk kuar...hmmm...mmg ada hikmahnya juga overdue ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment