Diet Zat Besi

Zat besi...itulah salah satu khasiat makanan yang mesti dititikberatkan oleh seorang wanita yang sedang hamil...jika tidak diberi perhatian maka klinik kesihatan akan menjadi tempat yang kerap dikunjungi kerana JM akan sentiasa memantau tahap hemoglobin dalam darah bagi memastikan ianya berada pada paras >11hb...sepanjang saya hamil 26 minggu ni, sudah 2 kali saya mengalami mild anemia...

23 Jan - bacaan 10.9 hb (kena dtg 2 minggu lg utk check pula)
13 Feb - bacaan 10.0 hb ( menurun lagi...)
27 Feb - bacaan 11.0 hb ( alhamdulillah.....lepas...jd hanya perlu dtg klinik dlm masa sebulan lg)

Sepatutnya saya perlu buat pemeriksaan pada 27/3/2011...tapi tarikh tersebut telah ditukar kepada 23/3/2011 iaitu pada hari rabu ni jam 8 pagi....terkejut juga saya sebab JM dtg umah pagi tadi...ingatkan datang sekali jer aritu...rupanya ada lg lawatan kedua oleh JM...buat pemeriksaan air kencing, tekanan darah & check perut....Adesss, rumah masa tu mcm tongkang pecah...mmg tk bajet ada tamu nak dtg....lg pun tgh bersiap-siap nk g klinik kesihatan nk bw Ikram timbang berat badan...nk buat cam na...terpaksalah tebalkan muka...takkan x bagi masuk pula kn...dah tu pula JM tu jiran belakang umah...fuh...first time dtg umah tu...ishhh...malu jugak ler....dipendekkan cerita dlm setengah jam gak la baru selesai & sambil tu sembang2 mcm biasa la...jadinya dlm masa 2 hari lg (23/3/2011) kena g klinik kesihatan untuk minum air gula & ada suntikan nak kena ambik...then  kena menunggu 2 jam di situ x boleh blk umah...utk ambil darah utk diuji kandungan gula dalam darah....

Selain tu, dok terfikirlah mesti JM akan check hb juga pada tarikh tu....ermmm, dh seminggu x mkn pil2 vitamin yg diberi tu...uhuks...nk kena start balik la hari ni..maklumlah time cuti sekolah dok umah jer x disiplin nk mkn pil-pil tu...kalau time keje mmg slalu makan lah...jadinya ada 2 hari lg ni nk tingkatkan paras hb....kena la makan  makanan yang kaya dengan zat besi...petang ni ada pasar malam..ingat nak g beli makanan yang boleh tambah darah  & boleh diamalkan hingga tiba waktu bersalin nanti...

Kelebihan zat besi adalah:

- mengelakkan rasa lemah badan
- mengelakkan masalah kurang darah merah @ anemia
  (membahayakan kandungan)
- mencegah daripada tumpah darah selepas bersalin
- menambahkan fokus & kecergasan otak 

Antara makanan yg kaya dgn zat besi adalah:

Sumber haiwan  - daging merah
                           - hati
                           - seafood
                             (ikan berminyak seperti sardin, kerang, ikan bilis)
                           - ayam            

Sumber tumbuhan - sayuran hijau (brokoli, bayam)
                               - tauhu
                               - buah-buahan kering (kismis hitam, prune, kurma)
                               - kacang




Namun ada pendapat mengatakan zat besi daripada sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding zat besi daripada tumbuh-tumbuhan...tetapi ianya masih membantu dlm menambahkan hb darah...

Selain mengamalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi, perlu diketahui juga pengambilan vitamin C boleh membantu mempercepatkan kadar penyerapan zat besi....ia perlu diambil bersama dengan zat besi uutk hasil yang lebih baik...

Makanan / minuman yang boleh menghalang penyerapan zat besi pula:
- teh atau kopi
- susu atau hasil tenusu
- oat atau gandum bijirin penuh
- kuning telur
(Ambil makanan / minuman ini selepas 2 jam pengambilan makanan zat besi)

Selain itu, disiplinkan diri mengambil pil suplemen zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks untuk mencegah anemia...Semoga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah Selamatkan Saya Ketika Derita

Kisah yang memberi keinsafan dalam mengharungi cabaran kehidupan ini....
Bacalah link di bawah ini ketika berada dalam kesusahan & untuk memupuk kesabaran menghadapinya....
Semoga tidak memilih jalan yang salah dan sentiasa berada di jalan yang benar walaupun dalam keadaan tersepit...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Halaman Rumah

Setelah seminggu, inilah hasil penanaman rumput karpet yang sudah lama diidam-idamkan. Kos rumput utk kawasan ini sahaja RM400...sekeping (5 X 1 kaki) berharga RM10....jadinya saya beli 40 keping....bukan apa sebelum ini mata saya rimas melihat tumbuhan liar & lalang memenuhi kawasan ni...malu kt jiran jer...tgk kawasan umah jiran sebelah...berseri jer...wlupun bersimen tapi kawasan umah jiran ni sentiasa bersih dan terjaga...


Banyak lagi yang perlu dilakukan utk halaman rumah ku ini...tgk ada batu-batu kt tepi dinding tu...nk kena buang...perkakasan seperti cangkul, pembersih longkang, penyapu perlukan tempat penyimpanan yg mana buat masa ini belum ada lagi...tgh fikir kt mana & bgmn nk buat tmpt penyimpanan kt luar rumah ni...

Sebenarnya teringin nk tanam bunga yg cantik kt tepi pagar tu...tapi nantilah dulu...bagi rumput ni hidup dgn baik & stabil dulu...plan selepas ni yang ada di fikiran ni adalah nak buat "kitchen garden". Cadangnyer nk buat kt hujung corner ni la...tgk tu dah ada pokok serai....nanti nk pindahkan pokok daun kari, daun kunyit, lengkuas, cili padi & daun limau purut yang ada kt pasu-pasu tu....



Pastu nak ada landskap sket la nk bg "kitchen garden" ni nmpk cantik..Nanti bolehlah tanam sayur-sayuran pula..Halaman rumah bersih, cantik & berseri menjadi idaman dan indah mata memandang....

Nak tambah sikit lagi...mengenai laman kt belakang umah pula....setakat ni tak de perancangan lagi...nak extend dapur, budget tinggi pula...nak buat owning tak tau lg la...jadinya biar je la mcm ni dulu...nk tanam rumput rugi pula nanti.....manalah tau nk buat sesuatu kt belakang ni....


Bagaimana pula laman di bahagian depan sebelah tepi? Kat belah depan ni dah lama tanam rumput karpet...tp pemandangan ni rumput menjadi kekuningan sebab baru lepas potong...bahagian atas rumput yang hijau dah dipotong jadi tinggal yg bahagian bawah jadi kuning sebab tak kena cahaya matahari...landskap pun tak de lagi....


Hiasan-hiasan laman belum ada lagi oleh kerana kekangan masa dan buat masa ini lebih mengutamakan penanaman rumput bagi mengelakkan tumbuhan liar daripada daripada memenuhi halaman ni....jadi kawasan rumah akan sentiasa terjaga kerana rumput jenis ini kalau lambat potong pun ianya tak tumbuh tinggi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jaga perlakuan mu

Setiap saat kita di dunia akan memberikan kesan pada kehidupan akhirat kita..
Jika baik amal kita dan diterima Allah maka insyaAllah kehidupan kita diakhirat bertambah baik...
Jika sebaliknya begitulah kesan sebaliknya...
Marilah kita berwaspada dalam setiap saat kita di dunia dan setiap amal perbuatan kita..
Masa hadapan yg lebih utama untuk ditilik adalah kehidupan alam-alam selepas mati..
Tilik lah ia berdasarkan amal-amal yg kita telah lakukan dan keadaan iman kita..
Kita akan dapati dan rasakan kehidupan kita setiap masa adalah penting untuk mencorakkan kehidupan akhirat kita..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS