Halaman Rumah

Setelah seminggu, inilah hasil penanaman rumput karpet yang sudah lama diidam-idamkan. Kos rumput utk kawasan ini sahaja RM400...sekeping (5 X 1 kaki) berharga RM10....jadinya saya beli 40 keping....bukan apa sebelum ini mata saya rimas melihat tumbuhan liar & lalang memenuhi kawasan ni...malu kt jiran jer...tgk kawasan umah jiran sebelah...berseri jer...wlupun bersimen tapi kawasan umah jiran ni sentiasa bersih dan terjaga...


Banyak lagi yang perlu dilakukan utk halaman rumah ku ini...tgk ada batu-batu kt tepi dinding tu...nk kena buang...perkakasan seperti cangkul, pembersih longkang, penyapu perlukan tempat penyimpanan yg mana buat masa ini belum ada lagi...tgh fikir kt mana & bgmn nk buat tmpt penyimpanan kt luar rumah ni...

Sebenarnya teringin nk tanam bunga yg cantik kt tepi pagar tu...tapi nantilah dulu...bagi rumput ni hidup dgn baik & stabil dulu...plan selepas ni yang ada di fikiran ni adalah nak buat "kitchen garden". Cadangnyer nk buat kt hujung corner ni la...tgk tu dah ada pokok serai....nanti nk pindahkan pokok daun kari, daun kunyit, lengkuas, cili padi & daun limau purut yang ada kt pasu-pasu tu....



Pastu nak ada landskap sket la nk bg "kitchen garden" ni nmpk cantik..Nanti bolehlah tanam sayur-sayuran pula..Halaman rumah bersih, cantik & berseri menjadi idaman dan indah mata memandang....

Nak tambah sikit lagi...mengenai laman kt belakang umah pula....setakat ni tak de perancangan lagi...nak extend dapur, budget tinggi pula...nak buat owning tak tau lg la...jadinya biar je la mcm ni dulu...nk tanam rumput rugi pula nanti.....manalah tau nk buat sesuatu kt belakang ni....


Bagaimana pula laman di bahagian depan sebelah tepi? Kat belah depan ni dah lama tanam rumput karpet...tp pemandangan ni rumput menjadi kekuningan sebab baru lepas potong...bahagian atas rumput yang hijau dah dipotong jadi tinggal yg bahagian bawah jadi kuning sebab tak kena cahaya matahari...landskap pun tak de lagi....


Hiasan-hiasan laman belum ada lagi oleh kerana kekangan masa dan buat masa ini lebih mengutamakan penanaman rumput bagi mengelakkan tumbuhan liar daripada daripada memenuhi halaman ni....jadi kawasan rumah akan sentiasa terjaga kerana rumput jenis ini kalau lambat potong pun ianya tak tumbuh tinggi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment