Puasa

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke-2 aku berpuasa..kelmarin dah berpuasa sehari di kala bby Ashraf masih berumur 40 hari..memandangkan darah nifas dah tak de..aku mengambil cabaran berpuasa dan tetap meneruskan aktiviti menyusu bby setakat yg aku mampu..

Syukur kerana aku dapat menghadapi segala lapar & dahaga dengan hati yg tenang..bila perut ini memulas-mulas & tekak mulai kering..aku teringat kembali apa la sgt dugaan ini jika dibandingkan dgn kesakitan yg ku rasa semasa bersalin...rasa lpr & dahaga ini boleh ditahan..rasa sakit bersalin? Allah saja yg tahu...Satu perkara lagi..kita berlapar di siang hari..tp mlm dah boleh mkn..bgmn dgn mereka yg susah tiada mknn? Terpaksa berlapar tanpa mengetahui bilakah masanya mereka akan dapat mknn..

Itulah keindahan puasa...selain lapar & dahaga..kita juga menjadi lbh berhati2 dlm perbuatan harian kita & perbnykan amalan baik utk meraih pahala sebnyk yg mungkin...Semoga Ramadhan ini menjanjikn seribu kemanisan dlm hidup kita..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment