Hari ni rajin pula nk mencuba masakan ni...Alhamdulillah menjadi...mendpt pujian en hubby & ikram pun mkn bnyk...Hafiz jer mmg ikut mood klu nk mkn...
Penyediaan 2 ekor ikan siakap (kecil/sederhana):
Ikan siakap di gaul dengan sedikit garam, serbuk kunyit & tepung jagung.
Kemudian digoreng garing.
Penyediaan sos tiga rasa:
2 ulas bwg merah dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
3 cm halia dan dihiris
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato dipotong dadu
1 btg lobak merah dipotong ikut suka
1 biji capsicum utk aroma
1 sudu gula & sedkit garam
Tumis bwg merah, bwg putih & halia...masukkan sos tomato, sos cili & sos tiram dan biar mendidih...masukkan sedikit air...kemudian masuk lobak merah, tomato dan capsicum yang telah dipotong tadi...letak sedikit gula & garam.
Tuangkan sos yang telah siap di atas ikan yang telah digoreng tadi.
0 comments:
Post a Comment